PengenalanPENGENALAN

LokasiLOKASI

Lokasi HADIAH

Lokasi ATURCARA

Lokasi BORANG

JOM KAYUH

BERSAMA

HARIAN METRO

DAN TOURISM MALAYSIA!

Selepas 'menawan' Putrajaya, Kellie's Castle (Batu Gajah, Perak), Bukit Mawi (Marang, Terengganu) dan Lembah Bujang (Merbok, Kedah), Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 akan melabuhkan tirainya di sirkit terakhir di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru pada 22 Disember ini.

Alhamdulillah, penganjuran program ini menyaksikan kami berjaya menarik lebih 6,000 'rider' dari dalam dan luar negara sekali gus membuktikan program anjuran Harian Metro dengan kerjasama Tourism Malaysia ini sudah dikenali dalam kalangan peminat aktiviti berbasikal.

Penyertaan yang amat menggalakkan ini jelas banyak membantu kami menyemarakkan lagi aktiviti berbasikal di negara ini selain menghimpunkan peminat aktiviti berbasikal, menggalakkan gaya hidup sihat serta mempromosikan destinasi pelancongan menarik di seluruh negara.

Sirkit terakhir di Hutan Bandar Mutiara Rini ini juga menyaksikan hanya acara Jamboree (Metro Open) saja yang dipertandingkan selepas juara keseluruhan acara XCO Race diumumkan di Lembah Bujang pada 9 November.

Pelumba negara dan Amaniz Cycling Team, Muhamad Fauzan Ahmad Lutfi muncul juara keseluruhan XCO Race kategori Lelaki Elit dan pelumba Gajah Muda Cycling Team, Siti Aisyah Alias mengungguli kategori Wanita manakala Supian Nor dari Team Corbusier Power Bar dinobat sebagai juara keseluruhan kategori Lelaki Veteran.

Apa yang pasti, sirkit terakhir ini acara jamboree pasti menarik dengan laluan mencabar sejauh lebih 40 kilometer yang menjadi tumpuan ramai kaki-kaki kayuh.

Ia juga menjanjikan hadiah-hadiah lebih menarik di mana selain wang tunai, pemenang turu mendapat habuan berupa barangan elektrik, beg Deuter, barangan Powerbar, hamper dan medal. Malah, juara setiap kategori turut menerima sebuah basikal.

Ayuh kaki-kaki kayuh di seluruh negara! Meriahkan program ini yang bukan saja menjanjikan pelbagai hadiah menarik termasuk cabutan bertuah serta goodies, medal, Klinik Berbasikal (Percuma), pemeriksaan kesihatan, insurans dan lain-lain.

Biker

LOKASI

Harian Metro Mountain Bike GP 2013 - Metro Open (Jamboree)
 
Tarikh : 22 Disember 2013 (Ahad)
Masa : 7 pagi
Tempat berkumpul : Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru
 
Konsep Acara : Jamboree (Metro Open)
 
Jarak : 40++ kilometer
 
Yuran Penyertaan : Jamboree (Metro Open) - RM50
 

Kami menjanjikan trek yang mencabar dan menyeronokkan!

TARIKH TUTUP : 16 DISEMBER 2013
 

HUBUNGI KAMI

whatsapp 012-3731402 (NORSHAM)
whatsapp 013-3307745 (RAHMAT)
whatsapp 016-9393934 (SANUSI)
whatsapp Jom Kayuh

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menerusi akaun Maybank The New Straits Times Press Malaysia (Berhad): 514105613062

Sila emel slip pembayaran dan maklumat penyertaan :

hm_mtbgp@mediaprima.com.my
 
FAKS
: 03-20567115